Saturday, August 14, 2010

Bengkel Joomla! Sesi 2



Salam

Atas permintaan ramai..Bengkel 1 iaitu Bengkel Pembinaan Laman Web Dengan Joomla! akan diadakan sekali lagi pada 21 Ogos 2010 serentak dengan Bengkel Teknik Fotografi dan Suntingan Foto dengan Adobe..Bengkel 1 akan disampaikan sekali lagi oleh Saudara Jundullah dan Bengkel 2 oleh saudara Shafie...Sila sahkan pendaftaran anda segera kerana tempat adalah terhad! Terima Kasih..

Tuesday, August 3, 2010

Sila klik di bawah untuk ke :
Laman Web Rasmi Ekspo Inovasi Islam i-Inova'10 USIM

Jemputan Menyertai Siri Bengkel Inovasi Multimedia Sempena Ekspo Inovasi Islam i-Inova'10



Jawatankuasa Ekspo Inovasi Islam i-Inova'10 dengan sukacitanya menjemput para pelajar USIM untuk menyertai siri  bengkel yang dianjurkan di Fakulti Sains dan Teknologi seperti butiran berikut:

*Peserta Bengkel 2 digalakkan membawa kamera digital masing-masing (jika ada)


Objektif penganjuran Bengkel Celik Usahawan Multimedia ini adalah seperti berikut:

i. Memberi pendedahan mengenai teknik-teknik kreatif multimedia tambahan untuk dimanfaatkan dalam penghasilan projek tahun akhir pelajar seperti pembinaan
sistem berasaskan web, multimedia courseware dan lain-lain lagi.
ii. Bengkel bengkel kemahiran dalam multimedia yang ditawarkan boleh menjana pendapatan kepada peserta contohnya pembinaan laman web, pengiklanan ,perkhidmatan fotografi dan grafik profesional.
iii.Tenaga pengajar akan berkongsi pengalaman bagaimana mereka menggunakan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan alternatif mereka dengan mudah.


Mereka yang berminat untuk menyertai bengkel di atas sila emailkan maklumat di bawah kepada iinova.usim@gmail.com.

Bagi memudahkan pembayaran anda, pihak penganjur telah bersetuju untuk membuka kaunter urusetia diluar makmal komputer FST pada setiap hari bengkel untuk pembayaran dan semakan maklumat peserta bagi tujuan pemberian sijil. DIHARAP PARA PESERTA MEMBAWA JUMLAH YANG SECUKUPNYA IAITU RM20 UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN.


Sila emailkan :


Nama Penuh :
No Pelajar   :
No Tel untuk dihubungi :
Program      :
Fakulti        :
Bengkel yang ingin disertai : (Nyatakan no. dan nama bengkel seperti di atas)


TARIKH TUTUP PENYERTAAN : Bengkel 1 (13 Ogos) Bengkel 2 (20 Ogos) Bengkel 3 (27Ogos)
PENYERTAAN TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA UNTUK SETIAP BENGKEL ! 
ATAS PERMINTAAN BENGKEL 2 KINI DIBUKA KEPADA STAF USIM !