Jawatankuasa Ekspo Inovasi Islam i-Inova'10 dengan sukacitanya menjemput para pelajar USIM untuk menyertai siri bengkel yang dianjurkan di Fakulti Sains dan Teknologi seperti butiran berikut:
*Peserta Bengkel 2 digalakkan membawa kamera digital masing-masing (jika ada)
Objektif penganjuran Bengkel Celik Usahawan Multimedia ini adalah seperti berikut:
i. Memberi pendedahan mengenai teknik-teknik kreatif multimedia tambahan untuk dimanfaatkan dalam penghasilan projek tahun akhir pelajar seperti pembinaan
sistem berasaskan web, multimedia courseware dan lain-lain lagi.
ii. Bengkel bengkel kemahiran dalam multimedia yang ditawarkan boleh menjana pendapatan kepada peserta contohnya pembinaan laman web, pengiklanan ,perkhidmatan fotografi dan grafik profesional.
iii.Tenaga pengajar akan berkongsi pengalaman bagaimana mereka menggunakan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan alternatif mereka dengan mudah.
Mereka yang berminat untuk menyertai bengkel di atas sila emailkan maklumat di bawah kepada iinova.usim@gmail.com.
Bagi memudahkan pembayaran anda, pihak penganjur telah bersetuju untuk membuka kaunter urusetia diluar makmal komputer FST pada setiap hari bengkel untuk pembayaran dan semakan maklumat peserta bagi tujuan pemberian sijil. DIHARAP PARA PESERTA MEMBAWA JUMLAH YANG SECUKUPNYA IAITU RM20 UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN.
Sila emailkan :
Nama Penuh :
No Pelajar :
No Tel untuk dihubungi :
Program :
Fakulti :
Bengkel yang ingin disertai : (Nyatakan no. dan nama bengkel seperti di atas)
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : Bengkel 1 (13 Ogos) Bengkel 2 (20 Ogos) Bengkel 3 (27Ogos)
PENYERTAAN TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA UNTUK SETIAP BENGKEL !
ATAS PERMINTAAN BENGKEL 2 KINI DIBUKA KEPADA STAF USIM !


6 comments:
Penyertaan masih dibuka ! Daftarlah segera !
Baki kuota penyertaan :
Bengkel 1 : 5 tempat
Bengkel 2 : 21 tempat
Bengkel 3 : 15 tempat
Salam..
Dimaklumkan bahawa bengkel 1 telah penuh..walaubagaimanapun anda boleh terus mendaftar untuk melihat kemungkinan satu sesi lagi akan diadakan pada tarikh yang lain..bengkel 2 & 3 masih ada kekosongan walaupun pendaftaran meningkat dari masa ke semasa
Terima kasih kepada yang menjayakan Bengkel 1 pada hari ni..Atas permintaan ramai, pengajur akan mengadakan satu sesi lagi untuk bengkel Joomla serentak dengan Bengkel 2 yang dijadual pada pada 14 Ogos 2010..oleh yang demikian sila sahkan penyertaan segera kerana tempat terhad!
salam..nak tanya panduan mengisi borang untuk pentyertaan inova..dekat poster nak letak ape jer yea?..
Dimaklumkan bahawa bengkel adobe flash di tangguhkan ke 26 Sept 2010
Post a Comment